Program Ceramah Keselamatan Siber S.M.K Lutong Miri
13 September 2017 | Aktiviti TerkiniPada 12 September 2017 ( Selasa), Pusat Internet 1 Malaysia Piasau bersama Pusat Internet 1 Malaysia kawasan Miri yang lain telah dijemput untuk mewakili pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengadakan ceramah di S.M.K Lutong Miri. Program ceramah tersebut bertemakan “Keselamatan Siber”.
Seramai 397 orang pelajar yang terlibat dalam program tersebut yang mana ianya berlangsung selama 2 jam untuk kedua-dua sesi persekolahan tersebut.
Kami berharap program seperti ini dapat dijalankan dan menjadi acara sekolah pada setiap tahun sebagai program pengisian dan kesedaran kepada pelajar-pelajar sekolah amnya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: